Hi semua!
Ye, betul, blogpost menggunakan bahasa Malaysia. Jangan berharap, itu tidak akan menjadi kebiasaan. Mungkin sekali sahaja.
Saya sahaja hendak berkongsi laporan pertukaran pelajar saya. Ada seorang cikgu di sekolah yang telah minta saya menulis laporan tentang pengalaman saya sebagai pelajar antarabangsa di Malaysia. Saya telah menulis panjang sedikit, tetapi saya berasa bangga sekarang yang itu diselesaikan. Saya telah menulis semua sendiri tetapi ada kawan-kawan yang telah membaca dan menolong memperbaiki seterusnya. (Terima kasih Wafa, Sufia dan Anis!)
Saya berharap kamu akan menikmati, walaupun tulisan saya tidak begitu cantik!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Biodata
Di
Kanada, saya mempunyai dua orang adik-beradik, iaitu seorang kakak yang berusia
22 tahun ketika saya sedang menulis laporan ini dan seorang abang yang berumur
20 tahun. Ibu bapa kami telah bercerai ketika umur saya lima tahun dan sekarang, mereka tinggal di dalam rumah masing-masing bersama teman mereka.
Abang saya dan saya selalu berulang-alik antara kedua-dua rumah ini manakala
kakak kami berkongsi rumah sendiri dengan teman lelakinya. Walau bagaimanapun,
saya berasa seronok dalam kehidupan ini dan saya menyayangi semua anggota
keluarga tiri saya.
Sejak saya masih kecil, saya terlibat
dalam banyak aktiviti sukan. Dari tahun 1 di sekolah rendah sehingga tahun 5,
saya telah menyertai dalam sukan gimnastik. Seretusnya, saya terlibat selama
setahun dalam renang irama dan terjun. Saya juga pernah bermain dalam
pasukan bola sepak semasa dua musim panas, iaitu lebih kurang sepuluh bulan.
Selain itu, pada musim sejuk, saya sering kali pergi bermain papan luncur salji
dengan rakan-rakan. Pada musim panas, saya suka menaiki basikal dan bersenam
sambil mendengar lagu. Namun begitu, sukan yang mengambil paling banyak masa
dalam hayat saya adalah badminton. Saya bermain sejak tujuh tahun secara
berdaya saing dan saya mempunyai banyak matlamat berkaitan dengan badminton.
Kesimpulannya,
hidup saya dahulu biasa sahaja. Saya belajar di sekolah menengah, melepak
dengan kawan-kawan dan bermain sukan. Justeru, semua sudah berubah selepas saya
terbang ke Malaysia.
Program pertukaran pelajar
Untuk
mendapat peluang menginap hampir setahun di luar negara, saya telah
mendaftarkan diri dalam program antarabangsa American Field Service (AFS).
Badan persatuan ini ditubuhkan pada Perang Dunia Pertama untuk memberi
penjagaan kesihatan kepada askar-askar, tanpa mengira bangsa atau
kewarganegaraan. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, AFS menghasilkan program
pertukaran pelajar dengan tujuan menggalakkan keamanan antara negara. Kini,
organisasi ini melibatkan lebih daripada 50 buah negara dan menghantar
pelajar-pelajar di seluruh dunia sebanyak 10 000 setiap tahun. Mereka
menawarkan program pelajar (15 – 18 tahun) dan program sukarela (18+ tahun)
dengan pilihan antara lima minggu, tiga bulan, enam bulan atau setahun.
Semasa semua proses ini, AFS akan menolong peserta dan memberi
sokongan yang diperlukan oleh pelajar serta sukarela untuk
menghargai pengalaman mereka. Antara bantuan yang diberi oleh organisasi AFS
adalah penganjuran kem persediaan di dalam negara asal sebelum berlepas,
beberapa kem di negara angkat sepanjang penginapan dan juga kem kembali di
negara sendiri. Selain itu, AFS bertanggungjawab untuk mencari keluarga angkat
kepada pelajar dan juga kaunselor untuk menolongnya jika ada masalah berlaku.
Akhir sekali, beberapa aktiviti akan dianjurkan oleh AFS di negara angkat
semasa program tersebut.
Sekiranya anda berminat dalam pertukaran
pelajar atau hanya ingin mengetahui lebih lanjut tentang program AFS, anda
dijemput untuk melawat laman Web AFS Antarabudaya Malaysia di www.afsmas.org.
Mengapa
Malaysia?
Yang pertama, saya telah memilih untuk
pergi ke Malaysia kerana saya berminat untuk membuat pertukaran pelajar di
sebuah negara yang sangat berbeza dengan negara saya. Saya juga hendak
mengalami kejutan budaya, dan Malaysia mempunyai beberapa bangsa dan budaya
yang sangat berwarna-warni. Selain itu, saya berharap dapat pergi ke sebuah
negara di mana saya mampu meneruskan latihan badminton dan saya sudah tahu
badminton sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Akhirnya, saya mempunyai dua
rakan dari Kanada yang pernah terlibat dalam kem badminton selama dua minggu di
negara ini. Malahan, kedua-duanya amat menghargai pengalaman ini. Mereka juga
memberitahu saya tentang makanan yang sedap dan orang yang sentiasa mengalu-alukan
kedatangan pelancong. Oleh sebab itu, secara rasminya, pada bulan November
2012, saya meletakkan Malaysia sebagai pilihan pertama saya dalam borang
pertukaran pelajar.
Pengalaman
terbaik di Malaysia
Sejak saya di Malaysia, saya telah
mengalami banyak perkara yang saya akan sentiasa ingat sampai bila-bila.
Yang
pertama, saya sampai di Malaysia pada pertengahan bulan Ramadan. Keluarga
angkat saya merupakan orang muslim. Oleh itu, semasa dua minggu, saya telah
mengikut mereka membeli banyak makanan di pasar Ramadan sebelum Maghrib dan
saya telah menikmati membuka puasa bersama anggota keluarga. Saya juga telah
berpuasa selama tiga hari. Hal ini dapat membantu saya merasa apa yang orang
muslim mesti menahan selama sebulan dan juga bagaimana orang miskin boleh
menderita setiap hari.
Seterusnya,
sebaik sahaja bulan Ramadan berakhir, saya telah menyambut Hari Raya dengan
keluarga angkat saya. Saya pulang ke kampung halaman, memakai baju kurung,
pergi ke beberapa rumah terbuka, bermain bunga api dan, sudah tentu, makan
banyak!
Disamping itu, pada bulan Oktober 2013, saya telah
melihat penyembelihan beberapa binatang seperti kambing dan lembu semasa Hari
Raya Iduladha, iaitu di sekolah dan juga di kampung ibu saya. Saya berasa sedih
dan kasihan pada haiwan itu. Justeru, cara untuk membunuh mereka tidak begitu kejam
berbanding cara dalam industri, tetapi apabila kita melihat kematian binatang, kita
berasa lebih susah. Lebih mudah pergi ke kedai dan membeli daging sahaja!
Selain
itu, pada akhir bulan Oktober, saya telah pergi ke Taiping untuk tinggal selama
lima hari dengan orang berbangsa India semasa Deepavali. Saya telah belajar
banyak tentang kepercayaan orang hindu dan saya telah mengalami kehidupan di
kampung. Saya juga mendapat peluang untuk menjalankan upacara sembahyang di
kuil serta memakai baju tradisional.
Tambahan
pula, pada bulan November, saya telah menerima jemputan untuk pergi ke
perkahwinan orang Cina. Saya dijemput oleh kakak kawan saya. Walaupun saya
pernah pergi banyak kali ke kendurin kahwin orang melayu, hari itu merupakan
kali pertama saya dengan tradisi orang Cina.
Seterusnya,
pada bulan Disember, saya melibatkan diri dalam kem badminton di Petaling Jaya
dengan jurulatih profesional bersama dengan sekumpulan pemain dari Australia.
Selama dua minggu, saya telah memperbaiki teknik saya dan bersembang dengan
kawan baru. Saya juga akan berlatih selama empat minggu lagi secara intensif
sebelum pulang ke Kanada.
Seketika
selepas kembali ke sekolah, iaitu pada bulan Januari 2014, saya telah meraikan
hari Thaipusam di Batu Caves bersama rakan AFS. Kami sampai sebelum jam satu
pagi dan berjalan bersama-sama orang hindu dan pelancong sehingga matahari
terbit. Ia sangat menarik untuk ditonton dan belajar tentang tradisi orang
hindu pada hari Thaipusam.
Kemudian, pada akhir bulan Januari, saya
mengikut keluarga kawan saya untuk meraikan Tahun Baru Cina. Saya melawat
banyak tempat di Ipoh dan Cameron Highlands dengan mereka dan saya juga
menyertai sambutan itu. Selain itu, saya juga dapat teman keluarga itu di kuil
untuk sembahyang istimewa.
Tanbahan pula, pada bulan Februari, saya
telah menyambut hari Ponggal di Ipoh bersama-sama sekumpulan pelajar
antarabangsa. Di pesta itu, kami masak nasi manis secara tradisional sebanyak
1021 biji.
Akhir
sekali, pada bulan Mac, saya telah tinggal selama dua minggu di Kampung Sungai
Ubi, berdekatan Tanah Rata. Di situ, saya mendalami cara hidup orang asli dan
menikmati cuaca yang lebih sejuk dan segar daripada Putrajaya. Saya sangat
seronok kerana akhirnya, saya dapat belajar lebih lanjut tentang kumpulan
minoriti itu.
Kesimpulannya, saya sangat menghargai
Malaysia kerana negara ini melindungi beberapa bangsa yang mempunyai banyak
tradisi yang menarik. Saya berasa bernasib baik kerana dapat mengalami semua
perkara itu dalam masa kurang sembilan bulan.
Pengalaman di sekolah
Saya telah menghadir ke SMK Putrajaya
Presint 14(1) dari 30 July 2013 sehingga 5 Mei 2014. Saya telah memulakan
belajar dalam kelas 4 Saujana dan kemudian, meningkat ke 5 Saujana.
Banyak
perkara mengejutkan saya masa saya baru masuk sekolah di Malaysia. Yang pertama
adalah kepentingan diberi kepada agama. Saya tidak pernah melihat pelajar solat
di sekolah sebelum datang di Malaysia. Di sini, pelajar berdoa beberapa kali
sehari. Orang muslim juga membaca Quran setiap hari jumaat pagi dan ada tempat
disediakan untuk sembahyang.
Selain
itu, saya menyedari tentang kepentingan menghormati orang tua di Malaysia. Di
sini, kita perlu bangun untuk mengalu-alukan guru yang masuk kelas. Apabila
pengajaran selesai, kita harus bangun lagi untuk mengucapkan terima kasih dan
memberi salam kepada cikgu sekiranya dia orang perempuan. Hal ini sangat
berbeza daripada Kanada, di mana kami memanggil guru dengan nama panggilan
sahaja.
Disamping
itu, sistem pendidikan di Malaysia lain daripada sistem pendidikan di Kanada.
Di sini, kita mempunyai satu kelas sahaja dan guru-guru harus bergerak antara
kelas-kelas. Sebaliknya, di Kanada, setiap cikgu mempunyai satu bilik kelas dan
pelajar-pelajar harus bergerak mengikut jadual waktu kelas masing-masing dan
kumpulan pelajar berubah. Cara mengajar, mengambil ujian, mengira markah dan
belajar juga sangat berbeza antara kedua-dua negara ini. Selain itu, di
Malaysia, kita mesti melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Walaupun saya
tidak selalu suka aktiviti tersebut, kewajipan ini adalah baik untuk berkawan
dengan orang baru dan menjadi lebih aktif.
Tambahan pula, kehadiran di sekolah ini
telah menolong saya banyak dalam tujuan belajar bahasa Malaysia. Bukan semua
pelajar AFS pandai bercakap bahasa
Melayu dengan fasih selepas setahun. Saya tidak sempurna tetapi saya berasa
puas hati dengan kemahiran saya. Mungkin saya tidak boleh menulis laporan
seperti ini hari ini kalau saya belajar di sekolah lain, kerana bukan semua
sekolah terdiri daripada 99% orang Melayu.
Kesimpulannya, saya hendak mengucapkan
terima kasih kepada semua guru dan pelajar di SMK PP14(1) kerana telah
mengalu-alukan saya dengan kegembiraan. Saya tidak akan melupakan anda semua.
Walaupun jauh dari mata, tidak akan hilang di hati.
Objektik
Saya berhenti menghadir ke sekolah
menengah pada mula bulan Mei 2014 dengan banyak tujuan untuk masa hadapan.
Pada
hari ini, saya masih mempunyai dua bulan lagi sebelum pulang ke Kanada. Saya berharap
dapat berjumpa dengan kawan-kawan sekolah lagi sebelum balik ke negara saya.
Selain itu, saya juga hendak menikmati setiap hari di sini kerana saya tidak
mengetahui bila saya boleh melawat Malaysia lagi.
Tentang
pelajaran saya, saya akan masuk ke kolej di Kanada pada bulan Ogos. Saya masih
belum memutuskan apa cita-cita saya nanti, tetapi saya akan belajar dalam
program sains semula jadi dahulu. Saya akan belajar dengan teliti untuk
mendapat markah yang terbaik. Disamping itu, saya akan cuba memperbaiki bahasa
Melayu saya dan kelak, dengan penuh harapan, dapat menyertai pertandingan
Pidato Antarabangsa supaya saya dapat balik di Malaysia secara percuma.
Seterusnya, saya juga mempunyai matlamat
berkaitan dengan badminton. Sebulan selepas pulang di Rouyn-Noranda, saya akan
menyertai pemilihan untuk Canada Games.
Pertandingan ini adalah acara mulisport yang paling penting di Kanada. Sejak
tiga tahun saya berharap dapat mewakili negeri saya, iaitu Quebec, di
pertandingan tersebut pada tahun 2015. Oleh sebab itu, saya telah minta untuk
melambatkan perlepasan saya selama sebulan. Dengan masa tambahan itu, saya akan
melibatkan diri dalam latihan intensif dengan jurulatih profesional selama
empat minggu, dengan harapan memperbaiki teknik saya sebelum balik ke Kanada.
Saya berharap saya akan dipilih dalam pasukan Quebec.
Kesimpulan
Sejak kali pertama saya menjejakkan kaki
saya di tanah Malaysia, saya telah mendalami begitu banyak perkara hebat.
Dahulu, saya berasa jengkel apabila ada orang yang memanggil saya ‘Alice in Wonderland’. Kini, saya bersenyum
dan setuju, kerana Malaysia merupakan Wonderland
saya.
Seperti dalam cerita ini, saya telah
menghadapi banyak cabaran susah. Saya telah jatuh di dalam dunia yang baru,
berbeza dan pelik bagi saya. Walau bagaimanapun, saya telah belajar hidup di
dalam alam ini. Perkara yang dahulu mengejutkan saya sudah dibiasakan. Kini,
saya dapat memahami secara lebih terang apa yang berlaku di sekitar saya.
Semasa menginap di Malaysia, saya telah
menjadi lebih matang dan membuka fikiran saya. Saya telah belajar banyak
tentang dunia dan juga tentang diri saya. Selepas pengalaman ini, saya
mengetahui bahawa pada masa hadapan, saya hendak melawat banyak negara lagi,
belajar bahasa-bahasa lain dan menemui budaya-budaya baru.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Memang panjang ke? Sudah habis dah. Terima kasih kerana telah membaca semua!
Jumpa lagi!
Alice
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire